Management

Musharuddin Mohd

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif
Primadona World Wide Sdn Bhd

En Musharuddin berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri jualan langsung di peringkat tempatan dan antarabangsa. Selain daripada memiliki kepakaran dalam bidang pembangunan sistem dan jaringan perniagaan, beliau juga pernah terlibat secara langsung dalam pengurusan perniagaan produk kesihatan di Indonesia dan Filipina.

Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang disegani dan dihormati di kalangan anggota jaringan perniagaan jualan langsung serantau. Selain daripada bertindak sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Primadona Worldwide Sdn Bhd, En Musharuddin juga terlibat dalam penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan melalui Pusat Rawatan Ozon milik beliau di Kota Damansara.


Dr Mohd Nizar Bin Zakaria

Pengarah Eksekutif/Pengarah Perubatan
Primadona World Wide Sdn Bhd

Berkelulusan ijazah perubatan dari University of Adelaide, Dr Nizar pernah bertugas sebagai pakar produk perubatan di sebuah firma farmaseutikal antarabangsa sebelum dilantik sebagai pegawai perkembangan perubatan oleh salah sebuah syarikat perkhidmatan perubatan swasta terbesar di Malaysia. Beliau juga diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai jurulatih kursus pengendali makanan dan menerima latihan sebagai Penilai Risiko Kesihatan Bahan Kimia di Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara (NIOSH). Selain daripada itu, beliau juga adalah jurulatih professional yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan diiktiraf sebagai “Industrial Coach” oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia untuk program Sistem Latihan Dual Nasional.

Kini Dr Nizar merupakan Pengarah Eksekutif Primadona Worldwide Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang menerajui pemasaran produk kesihatan yang dihasilkan melalui Teknologi Dwi Sel Induk Yang Diperkasa Dengan Ozon. Beliau yakin rangkaian produk berteknologi tinggi yang diformulasinya ini mampu menguasai pasaran tempatan dan menembusi arena antarabangsa dalam masa terdekat.
 
 
En. Mazlan Mhod.

Pengarah Kewangan
Primadona World Wide Sdn Bhd

Mempunyai pengalaman yang luas dalam industri pembangunan hartanah serta pernah terlibat dengan perniagaan berasaskan petroleum sebelum menceburkan diri dalam industri pemasaran automotif mewah selama 20 tahun. Sikapnya yang teliti banyak membantu beliau ketika mengendalikan sektor kewangan antarabangsa sebelum memulakan syarikat Primadona Worldwide Sdn Bhd. Beliau kini bertanggungjawab menguruskan seluruh hal ehwal kewangan syarikat sebagai Pengarah Kewangannya.
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar